Penghantar makanan maut terpelosok bawah lori - Utusan Malaysia

Penghantar makanan maut terpelosok bawah lori

Ajal penghantar makanan
ANGGOTA polis memeriksa keadaan mangsa yang maut dalam kemalangan akibat dirempuh sebuah lori dekat Persiaran Anggerik Mokara berhampiran Kampung Lombong, di Shah Alam, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang penghantar makanan menemui ajal selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah lori dalam kemalangan di Persiaran Anggerik Mokara di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.00 pagi itu, penunggang terbabit dikatakan datang dari arah Rimbayu melalui persimpangan lampu isyarat berdekatan Kampung Lombong.

Menurutnya, kemalangan tersebut turut melibatkan seorang penunggang basikal, namun mangsa alami cedera ringan selepas tercampak di bahu jalan.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila lori jenama Nissan UD dari arah Kampung Lombong bertembung dengan sebuah motosikal jenama Yamaha Y15ZR serta sebuah basikal yang datang dari arah Rimbayu di lampu isyarat tersebut. 

“Akibat pelanggaran ini, penunggang motosikal terperosok di bawah lori manakala penunggang basikal tercampak di bahu jalan dan mengalami kecederaan ringan. Mangsa lelaki berumur 29 tahun merupakan seorang penghantar makanan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya, hari ini.

Tambahnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.

“Siasatan dibuat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti punca dan sebab kematian. Siasatan lanjut masih dijalankan.

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya