GUA MUSANG: Peniaga kecil di daerah ini berharap mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan bagi memulihkan perniagaan mereka yang terjejas ekoran kenaikan harga barang ketika ini. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kebanyakan peniaga mengakui berdepan kesukaran susulan peningkatan kos sara hidup yang menyebabkan penduduk lebih memilih untuk berjimat. Situasi itu diakui sendiri oleh salah seorang pemilik kedai makan, Hasnah Deraman, 51, di Bandar Lama di sini apabila turut terkesan dengan situasi yang berlaku sekarang. Hasnah berkata, selepas pandemik Covid-19, dia belum meraih keuntungan hasil daripada jualan makanan di kedainya. Menurutnya, dia berharap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya