Penganggur tidak mengaku salah samun kedai serbaneka 24 jam - Utusan Malaysia

Penganggur tidak mengaku salah samun kedai serbaneka 24 jam

MOHAMAD Hasrul Nizam Sobri (tengah) yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan samun sebuah kedai serbaneka 24 jam dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam, minggu lalu.

Tertuduh, Mohamad Hasrul Nizam Sobri, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan samun dengan merompak 12 kotak rokok dan wang tunai RM230 di kedai serbaneka 24 jam di Losong Masjid di sini.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Kampung Losong Mat Shafie dekat sini sekitar pukul 5.15 pagi, 4 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Sebaik merekodkan pengakuan tidak bersalah itu, mahkamah membenarkan Mohamad Hasrul Nizam diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan kepada tertuduh iaitu melapor diri di balai polis terdekat setiap 1 dan 15 hari bulan setiap bulan.

Tertuduh juga tidak dibenarkan menganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga prosiding pendengaran kes berkenaan selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan 16 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim makanakala tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya