Pemimpin DAP Sabah usah berpura-pura tidak berdaya

Pemimpin DAP Sabah usah berpura-pura tidak berdaya

YONG TECK LEE , PHOONG JIN ZHE and CHAN FOONG HIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: “Terima anugerah darjah kebesaran itu dengan penuh rasa bersyukur tanpa perlu memikirkan apa yang diperkatakan oleh tuan mereka di Malaya,”.

Demikian nasihat diberikan oleh bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yong Teck Lee kepada pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang menerima darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’ sempena sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-79 Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada Sabtu.

Beliau yang juga Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) itu berkata, sekiranya pemimpin DAP benar-benar tidak dapat menerima penganugerahan darjah kebesaran itu, mereka seharusnya menjelaskan secara sopan kepada Ketua Menteri dan Yang Dipertua Negeri Sabah.

Mereka perlu menjelaskan bahawa penolakan itu bukannya tidak menghormati Yang Dipertua Negeri mahupun tidak berterima kasih kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Saya bercakap daripada pengalaman peribadi sendiri. Sehari, sebelum hari lahir rasmi Tuan Yang Tertuama (TYT) iaitu pada 16 September 2000, saya memaklumkan kepada Ketua Menteri ketika itu (Tan Sri Osu Sukam) dan kemudian TYT (Tun Sakaran Dandai) bahawa saya menolak penganugerahan Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) atas sebab-sebab yang saya maklumkan kepada Ketua Menteri dan TYT ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, nama beliau telah dikeluarkan daripada senarai untuk diwartakan biarpun buku program Istana Negeri untuk raptai telah pun dicetak.

“Jadi, saya rasa terhibur dengan pemimpin DAP Sabah Chan Foong Hin dan Phoong Jin Zhe yang seolah-olah berpura-pura tidak berdaya dalam menerima darjah kebesaran PGDK yang membawa gelaran sebagai Datuk, seolah-olah anugerah yang dihormati itu dipaksakan kepada mereka pada saat-saat akhir,” katanya.

Foong Hin yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu sebelum ini menyatakan, beliau menghormati penanugerahan darjah kebesaran tersebut biarpun mengetahui keputusan itu bertentangan dengan dasar parti yang hanya membenarkan pemimpin DAP untuk menerima darjah kebesaran atau pingat selepas bersara.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×