Pemandu teksi kecewa, terus terpinggir

Pemandu teksi kecewa, terus terpinggir

MUSTAKIM Jalel (kiri) bersama seorang ahli persatuan ketika mengisi minyak petrol di Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Golongan pemandu teksi kecewa mereka kerana terus terpinggir daripada mendapat sedikit imbuhan atau bantuan dalam Belanjawan 2024.

Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Daerah Kluang, Mustakim Jalel berkata, harapan mereka untuk mendapatkan sedikit sumbangan daripada kerajaan ekoran situasi kekurangan pendapatan akibat kekurangan penumpang hanya tinggal impian.

Menurutnya, selepas kecewa dengan pembentangan Belanjawan 2023, pihaknya tetap berharap kali ini diberikan sedikit perhatian agar boleh bernafas semula untuk meneruskan pekerjaan sebagai pemandu teksi sebagai punca pendapatan keluarga, namun ibarat seperti me­nunggu ‘buah yang tidak gugur’.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Akibat kemerosotan pendapatan, kini hanya kira-kira 50 daripada 124 ahli persatuan yang masih bertahan sebagai pemandu teksi manakala selebihnya terpaksa mencari pekerjaan lain.

“Masalah kekurangan penumpang ini berlaku berikutan persaingan daripada syarikat e-hailing dan lebih parah dengan adanya teksi haram yang me­ngenakan tambang lebih murah berbanding teksi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mustakim berkata, ada juga pemandu teksi terpaksa mengubah suai kenderaan masing-masing untuk dijadikan kegunaan keluarga kerana mengharapkan pendapatan kira-kira RM50 sehari sudah tidak mampu untuk menyara kehidupan keluarga.

Sementara itu Rosman Alias, 63, yang hampir 10 tahun menjadi pemandu teksi mengakui terkilan dengan belanjawan yang dibentangkan itu kerana seolah-olah tidak memahami kesusahan mereka.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×