Pelancong China ditemukan lemas semasa snorkeling

Pelancong China ditemukan lemas semasa aktiviti selam permukaan

PASUKAN Bomba membawa mayat mangsa ke Dataran Marin, Semporna
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPORNA: Seorang pelancong warga China ditemukan lemas semasa melakukan aktiviti selam permukaan (snorkeling) di perairan Pulau Bum-Bum, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 8.27 pagi itu, mangsa, iaitu seorang lelaki yang berusia 25 tahun dilaporkan hilang semasa melakukan aktiviti selam permukaan bersama seorang rakannya di sebuah resort di pesisiran pantai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Air Semporna, Noor Jali Maslah berkata, mayat mangsa ditemukan pada pukul 10.28 pagi tadi berhampiran kawasan mangsa dilaporkan hilang.

“Difahamkan mangsa bersama seorang rakan dan pengunjung lain yang berada di sebuah resort sedang melakukan aktiviti selam permukaan sebelum mangsa dilaporkan hilang akibat dipukul ombak.

“Pihak resort ada melakukan pencarian namun, mangsa tidak berjaya ditemukan dan mereka melaporkan kejadian itu kepada polis,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, pihak polis kemudian melaporkan insiden lelaki hilang di laut kepada BBP Air Semporna. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa menggunakan kaedah pencarian di permukaan air dilakukan.

Katanya, mayat mangsa berjaya ditemukan pada pukul 10.28 lagi tadi di kawasan mangsa dilaporkan hilang.

Pasukan Bomba kemudian mengambil mangsa dan seterusnya dibawa ke Dataran Marin.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada pukul 10.50 pagi. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN