Pegawai kanan polis beli dua jam tangan Rolex guna wang pemberian ibu, mendiang bapa - Utusan Malaysia

Pegawai kanan polis beli dua jam tangan Rolex guna wang pemberian ibu, mendiang bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siasatan awal polis mendapati dua jam tangan mewah jenis Rolex yang dimiliki seorang pegawai kanan polis telah dibeli menggunakan wang hadiah pemberian ibu dan mendiang bapanya.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, siasatan dijalankan ke atas seorang pegawai kanan polis yang memiliki gaya hidup mewah dan mempunyai dua jam tangan Rolex.

“JIPS akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh, Perak atas dakwaan mencuri dua unit jam tangan mewah milik suaminya, dua tahun lalu.

Tertuduh, Mou Ei Leen@Eileen Mou, 41, dari Kuantan, Pahang membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Wanita yang kini dalam proses perceraian dengan suaminya yang juga pegawai polis dituduh mencuri seutas jam tangan Rolex Sky Dweller (Model 326135) bernombor siri 0890R359 serta seutas jam tangan Rolex GMT Master-II 9 (Model 116718 LN) bernombor siri A9R56702.

Tertuduh didakwa melakukannya di sebuah rumah di Ipoh pada Januari 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN