PBK perlu akui kelemahan sendiri, tiada niat tukar Gelaran TYT

PBK perlu akui kelemahan sendiri, tiada niat GPS tukar gelaran TYT kepada ‘Sultan’ – Abdul Karim

ABDUL KARIM RAHMAN HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kemungkinan untuk menukar kedudukan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak kepada ‘Sultan’ adalah tidak masuk akal, kata Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Jelas Abdul Karim, kenyataan yang dibuat Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK), Voon Lee Shan itu sesuatu yang dianggap ‘gila’ malah menganggapkan Voon sebagai sudah nyanyuk.

“Mungkin beliau (Voon Lee Shan) ‘kurang waras’ kerana tidak tahu bagaimana perlembagaan berkerja. Tetapi, beliau seorang peguam yang sangat senior, yang tahu tentang bagaimana perlembagaan negeri berfungsi, tidak mungkin kita boleh menukar TYT menjadi kesultanan.

“Kemungkinan beliau sudah nyanyuk sedikit. Itu benar-benar gila, dan ia hanya boleh datang dari orang gila,” tegasnya ketika ditemui media di sini hari ini.

Abdul Karim berkata demikian ketika diminta menggulas kenyataan Presiden PBK, Voon Lee Shan terdapat kemungkinan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) boleh menukar kedudukan TYT Sarawak kepada ‘Sultan’.

Voon dalam kenyataannya hari ini mendedahkan rakyat Sarawak tidak seharusnya menolak kemungkinan kerajaan GPS menyalahgunakan kuasa demokrasinya untuk meminda Perlembagaan Sarawak dengan menjadikan TYT Sarawak kepada gelaran ‘Sultan’.

“Secara teknikalnya, pada ketika ini Sarawak tidak mempunyai suara pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN). Justeru, kerajaan GPS boleh menyalahgunakan kuasa demokrasinya untuk meminda Perlembagaan Sarawak dengan menjadikan TYT Sarawak kepada gelaran ‘Sultan’.

“Malah, kerajaan GPS sentiasa boleh mewajarkan tindakan ini dengan mendakwa bahawa Malaysia adalah Negara Islam kerana majoriti rakyat Malaysia beragama Islam. Oleh itu, untuk memecahkan kuasa dalam DUN oleh kerajaan GPS, adalah untuk memelihara demokrasi dan hanya dengan PBK di DUN kita boleh memantau sebarang penyalahgunaan demokrasi di DUN,” jelas Voon lagi.

Justeru itu, Voon menyeru agar rakyat Sarawak tidak mengambil mudah dalam Pilihan Raya (PRK) Jepak akan datang ini, agar suara kita dapat didengari.

Terdahulu, Voon turut menindas kenyataan GPS bahawa parti PBK merupakan sebuah ‘parti nyamuk’, dan menganggap pemimpin parti itu bersikap angkuh.

Bagaimanapun, Abdul Karim berkata ia adalah fakta yang perlu diakui parti itu (PBK).

“Itu adalah fakta yang perlu diakui mereka (PBK). Dengan menyatakan bahawa parti PBK adalah parti nyamuk, itu tidak bermakna kami (GPS) sombong dan mereka harus mengakuinya

“Malah, mereka telah bertanding dan kehilangan deposit, jadi apa yang nak kita katakana?…Saya sendiri terkejut melihat dia mula membebel…mungkin kerana usia semakin mengejarnya,” jelas Abdul Karim lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN