PASRelief salur bantuan RM100,000 untuk mangsa perang

PASRelief salur bantuan RM100,000 untuk mangsa perang

PASRelief menyalurkan bantuan awal sebanyak RM100,000 untuk rakyat Palestin yang terlibat dalam serangan Israel. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PASRelief menyalurkan bantuan awal sebanyak RM100,000 untuk rakyat Palestin yang terlibat dalam serangan Israel.

Pengarah PASRelief, Mohd. Yusni Mat Piah berkata, bantuan tersebut disalurkan selepas serangan bermula pada Sabtu lalu.

Katanya, antara bentuk bantuan disalurkan termasuk keperluan makanan asas dan wang tunai yang diagihkan wakil PASRelief di Palestin kepada mangsa-mangsa perang di negara terbabit.

“Keadaan getir yang dilalui penduduk Palestin saat ini, tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. PASRelief akan menggerakkan pelbagai usaha untuk menyalurkan lebih banyak bantuan kepada mangsa perang di Palestin.

“Oleh itu, PASRelief memohon dan menyeru seluruh lapisan masyarakat di Malaysia yang mengikuti perkembangan perang Taufan Al-Aqsa untuk terus sama-sama bersolidariti dengan menyumbang ke Tabung Kecemasan Gaza ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, kata Mohd. Yusni, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Tabung Kemanusiaan PASRelief: 5640 7061 4481. Segala maklumat lanjut boleh hubungi hotline PASRelief di talian 017-500 1144. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN