Pas Perak mengharapkan parti itu dapat memerintah Perak dalam

MUKTAMAR: Pas Perak harap perintah negeri dalam masa terdekat

Mohamad Fakhrudin Abdul Aziz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pas Perak mengharapkan parti itu dapat memerintah Perak dalam masa terdekat. 

Perkara itu antara dizahirkan pembahas Pas Perak, Mohamad Fakhrudin Abdul Aziz ketika membahaskan ucapan dasar presiden Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-69 oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini.

“Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Pas Perak menang bergaya. Daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN), kita memperoleh 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas dan sembilan ADUN daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). 

“Semua 26, tetapi masih belum dapat memerintah dan kita sebagai pembangkang, insya-Allah akan mengambil alih pemerintahan dan kemungkinan kalau lambat sangat PRU16, kita harap masa terdekat Pas boleh memerintah negeri Perak,” katanya. 

Sementara itu, Mohamad Fakhrudin berkata, Pas Perak kesal mengenai Islam, raja, Melayu dan bahasa Melayu diancam secara halus dan terancang oleh individu serta organisasi tertentu. 

Sedangkan, katanya, empat perkara itu merupakan asas yang sangat penting dalam Perlembagaan yang perlu dipelihara bagi menjamin keharmonian kaum dan budaya di negara ini. 

“Pemikiran federalisme dan  liberalisme ini dilihat semakin berani dan sentiasa rancak mengatur rancangan dan tindakan untuk memperburukkan imej institusi dan undang-undang syariah,  memperjuangkan kebebasan berfikir secara mutlak dan menuntut kesamarataan semua agama. 

“Ada suara desakan supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dimansuhkan dan menghalang usaha bagi memartabatkan undang-undang syariah dan institusi mahkamah syariah,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN