Palestin: Pas ajak umat Islam berarak ke Kedutaan AS - Utusan Malaysia

Palestin: Pas ajak umat Islam berarak ke Kedutaan AS

Palestin
AHMAD Fadhli Shaari berucap pada Ucaptama Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia Ke-64 sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-69 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pemuda Pas Selangor bercadang hendak menganjurkan perhimpunan secara besar-besaran di ibu negara sebagai manifestasi bantahan terhadap kekejaman yang menimpa rakyat Palestin.

Malah, peserta perhimpunan diajak berarak beramai-ramai ke Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak sebagai penegasan dan solidariti rakyat negara ini kepada kuasa-kuasa besar dunia yang menyokong tindakan rejim Zionis.

Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, perhimpunan tersebut akan dianjurkan dalam masa terdekat sebagai protes terhadap rejim Zionis yang merebak ke seluruh Palestin.

“Walau bagaimanapun umat Islam di khususnya ahli Pas perlu sentiasa berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir dalam memperjuangkan isu Palestin. Walaupun rakyat Palestin gagal dilemahkan oleh negara Arab dan Islam yang mengecewakan mereka apabila melaksanakan normalisasi dengan Israel mengikut pengaruh Barat.

“Namun semangat mereka tidak luntur dengan terus berjuang. Mereka menghadapi kezaliman dengan gagah berani, memberikan sumbangan dengan pengorbanan nyawa para syuhada yang bertali arus tidak henti-henti,” katanya ketika berucap dalam Ucaptama Muktamar Dewan Pemuda Pas, hari ini.

Situasi genting di Gaza sehingga hari ini dilaporkan angka kematian rakyat Palestin akibat serangan udara Israel yang berterusan di semenanjung wilayah tersebut meningkat kepada 2,808, kata Kementerian Kesihatan awal hari ini.

Menurutnya, sekurang-kurangnya 10,859 rakyat Palestin cedera dalam pengeboman Israel di kawasan pinggir laut, memetik laporan Anadolu.

Malah, Utusan Malaysia melaporkan beratus-ratus penunjuk perasaan dilaporkan berhimpun di Tebing Barat bagi membantah serangan udara Israel yang membunuh ratusan nyawa di sebuah hospital di Gaza.

Di bandar Ramallah, Pihak Berkuasa Palestin (PA) terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan bom tangan untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang berhimpun di jalan-jalan di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menjelaskan Pemuda Pas komited dalam mencari penyelesaian terutama dalam isu-isu melibatkan dunia islam seperti Palestin, Kashmir dan Uyghur.

“Pemuda Pas mengadakan Program Minggu al-Quds Sedunia yang dianjurkan oleh Lajnah Antarabangsa Pas Pusat dan Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa Pemuda Pas di KEdah, Kelantan Terengganu dan Perlis.

“Dalam masa sama, perjumpaan Pemuda Pas bersama parti-parti di Indonesia turut sepaat memperjuangkan isu Palestin tanpa belah bahagi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya