Noah berehat panjang tahun depan - Utusan Malaysia

Noah berehat panjang tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Vokalis kumpulan Noah, Ariel, menjelaskan keputusan untuk berehat daripada sebarang persembahan pada tahun hadapan diambil bagi memberi ruang kepada semua ahli kumpulan itu untuk berehat selepas terikat dengan jadual yang padat sepanjang tahun ini.

Menurutnya, bermula pada awal tahun ini, Noah tidak berhenti membuat persembahan dan menerima pelbagai undangan termasuk di festival muzik mahupun konsert solo di beberapa lokasi.

“Betul, kami akan bercuti panjang kerana kami penat.

“Konsert terakhir kami pada Disember tahun ini kerana masih terikat kontrak. Bermula Januari tahun hadapan, kami tidak akan mengadakan persembahan lagi,” katanya kepada media tempatan.

Keputusan berkenaan turut disokong pemain keyboard kumpulan itu, David, yang merasakan fasa berehat sangat penting bagi membolehkan setiap ahli tampil lebih kreatif di masa akan datang.

“Memang tahun ini jadual kami sangat padat. Jadi kami akan bercuti untuk menyegarkan kembali otak kami,” jelasnya.

Menurut Ariel lagi, kerana kesibukan menghadiri undangan persembahan, penyanyi Separuh Aku itu mengakui ada banyak projek dan perancangan yang terpaksa mereka lepaskan.

“Banyak perkara yang sudah kami rancang untuk band ini tapi belum terlaksana kerana memberi fokus kepada persembahan,” tambahnya.

Namun begitu, kumpulan tersebut tidak mengumumkan tarikh Noah akan kembali semula ke panggung untuk bertemu peminat.

Band tersebut bakal mengadakan konsert terakhirnya sebelum bercuti di Malaysia menerusi NOAH live in Kuala Lumpur pada November tahun akan datang.

Kali terakhir NOAH menerbitkan album adalah pada tahun 2019 bertajuk Keterkaitan Keterikatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN