Nelayan Tasik Bukit Merah bimbang tambak tanah jejas hasil tangkapan

Nelayan Tasik Bukit Merah bimbang tambak tanah jejas hasil tangkapan

GAMBAR tinjauan udara memaparkan kawasan yang didakwa ditambak tanah di Empangan Tasik Bukit Merah di Bagan Serai, Perak. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Nelayan Empangan Tasik Bukit Merah di sini bimbang pendapatan mereka terjejas berikutan kerja-kerja menambak tanah didakwa berlaku di kawasan tasik tersebt.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang nelayan yang hanya mahu dikenali sebagai Zul, 50, mendakwa, aktiviti tambak tanah menjadi tanda tanya kepada mereka kerana berlaku di dalam kawasan kolam tadahan itu, bukannya di pinggiran tasik.

“Kumpulan nelayan membuat membuat aduan di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunung Semanggol supaya membangkitkan perkara tersebut untuk mengetahui kedudukan sebenar status projek tersebut,” katanya semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria yang membuat tinjauan ke lokasi itu mengesahkan memang terdapat aktiviti sedemikian.

Katanya, tinjauan di lokasi mendapati lokasi yang ditambak tanah melibatkan kawasan yang luas.

Beliau berkata, terdapat juga kesan tambakan lama yang kini ditanam pokok pisang manakala tambakan baharu pula dibuat batas-batas yang memanjang dalam kawasan kolam selain terdapat sebuah bangsal mempunyai tiga bilik di atas tanah yang ditambak.

“Saya tidak dapat mengenal pasti sama ada projek ini adalah daripada kerajaan atau persendirian.

“Perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana tambakan tanah dilakukan di dalam kawasan kolam tadahan sedangkan empangan Tasik Kolam Bukit Merah ini adalah sumber air utama untuk pengairan sawah padi, bekalan air kegunaan domestik dan digunakan untuk kawasan Perindustrian di Taiping,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×