Nelayan bimbang kolam udang haram jejas pendapatan mereka

Nelayan bimbang kolam udang haram jejas pendapatan mereka

KOLAM udang yang dibina di tepi Sungai Kurau di Parit Buntar menimbulkan tanda tanya dalam kalangan nelayan yang bimbang kesannya terhadap hasil tangkapan mereka. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR: Kewujudan lebih 100 kolam ternakan udang di pinggir Sungai Kurau di sini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan nelayan sungai yang bimbang ia mungkin menjejaskan pendapatan mereka.

Wakil nelayan, Mohd. Radzi Said,53, berkata, kolam udang itu terletak bukan dalam zon akuakultur dan jumlahnya semakin ba­nyak berbanding hanya dua atau tiga buah kolam sahaja sebelum ini.

Menurutnya, pembinaan kolam udang itu sudah di­sua­rakan oleh nelayan dalam sesi dialog sejak beberapa tahun lalu yang mahu tahu mengapa kolam berkenaan dibina di kawasan bukan zon akuakultur.

“Kami bimbang pembinaan kolam udang ini bukan sahaja akan menjejaskan pendapatan nelayan tetapi boleh mengancam hidupan air.

“Kolam ini dibina terlalu dekat dengan gigi Sungai Kurau sehingga menimbulkan kecurigaan kepada penduduk dan nelayan di sini kerana ia mengancam ekosistem hidupan air,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Mohd.Radzi, nelayan akan terus membangkitkan isu pembinaan kolam udang itu selagi tiada penjelasan mengenainya oleh pihak kerajaan.

Menurutnya, nelayan telah menyuarakan banyak kali perkara itu dan menjangkakan ia dapat diberikan penjelasan namun tiada pihak yang tampil membuat penjelasan.

“Dulu kami nelayan tempatan hanya nampak dua tiga kolam dibina di atas tanah sekitar 40 ekar tetapi sekarang sudah wujud lebih 100 kolam di atas tanah yang bukannya zon akuakultur.

“Pelbagai aduan telah dikemukakan oleh nelayan tempatan mengenai kewujudan kolam-kolam ini namun ia bagaikan tiada berkesudahan, jumlahnya semakin banyak,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×