Muktamar Pas 2023: Susun strategi komunikasi raih sokongan bukan Melayu - Utusan Malaysia

Muktamar Pas 2023: Susun strategi komunikasi raih sokongan bukan Melayu

Muktamar Pas
KHAIRIL Nizam Khiruddin berucap pada penggulungan Muktamar Pas 2023 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pas perlu berusaha meraih sokongan daripada pengundi bukan Melayu untuk memastikan parti dapat memimpin negara dengan efektif apabila dapat mengambil alih kerajaan.

Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khiruddin berkata, gerakan penerangan dan penyampaian maklumat dalam kalangan kepemimpinan, wakil rakyat dan ahli parti perlu dilakukan dengan lebih kreatif dan berkesan.

Moving forward, koordinasi perlu diteruskan oleh semua dan perlu efektifkan lagi sistem komunikasi, bagaimana kita hendak panjangkan apa yang kita buat kepada kawan-kawan bukan Bumiputera.

“Sekiranya kita ingin memimpin negara tak boleh tinggalkan kumpulan bukan bumiputera, alhamdulillah sokongan orang UMNO berpindah kepada Pas. Persoalannya kalau kita ingin memimpin dengan bergaya dan efektif kena dapatkan sokongan daripada bukan bumiputera,” katanya pada ucapan penggulungan Muktamar Tahunan Pas Ke-69, hari ini.

Beliau menambah, penyampaian pelan ekonomi State-Government 4 (SG4) perlu mempunyai koordinasi dalam kalangan jawatankuasa peringkat negeri melibatkan keempat-empat Menteri Besar supaya maklumatnya sampai kepada ahli dan parti lawan.

Dalam pada itu, Khairil Nizam yang juga Ahli Parlimen Jerantut memaklumkan, kepemimpinan dan jawatankuasa peringkat akar umbi memanfaatkan ucapan wakil rakyat di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk disampaikan kepada anggota parti dan pengundi.

“Ahli Parlimen ada bahan konstruktif yang bagus tetapi perkara ini tidak sampai ke bawah menyebabkan rakan-rakan pengundi mempunyai persepsi ahli parlimen tidak bertindak untuk mereka.

“Penyataan dan perbahasan cukup menarik kerana disusun Perikatan Nasional (PN) melalui portfolio ditetapkan, saya mohon ahli ambil bahan-bahan daripada wakil rakyat di Parlimen  dan DUN untuk sampaikan kepada ahli-ahli di bawah,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya