Muktamar Pas 2023: Kepemimpinan Pas kekal bagi penggal baharu - Utusan Malaysia

Muktamar Pas 2023: Kepemimpinan Pas kekal bagi penggal baharu

Pemilihan Pas
ABDUL Hadi Awang, Tuan Ibrahim Tuan Man, Idris Ahmad, Nik Mohd. Amar Abdullah dan Ahmad Samsuri Mokhtar kekal kepemimpinan tertinggi Pas bagi penggal 2023 - 2025 dalam pemilihan pada Muktamar Tahunan Pas Ke-69 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kepemimpinan tertinggi Pas kekal bagi penggal 2023 – 2035 apabila Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man diumum sebagai Presiden dan Timbalan Presiden.

Mereka diumum menang tanpa bertanding bersama tiga orang Naib Presiden iaitu Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik, Mohd. Amar Abdullah dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Selain mereka, turut diumum menang tanpa bertanding iaitu Pengerusi Tetap dan timbalan serta pemeriksa kira-kira, Ahli Dewan Negara, Senator Husin Ismail; Ahli Parlimen Kuala Krau, Kamal Ashaari, serta Mat Syukor Abdul Aziz dan Mohammad Najib Ahmad

Seramai 18 Ahli Jawatankuasa Pas Pusat diumum dalam keputusan pemilihan parti pada Muktamar Tahunan Pas Ke-69 dengan pengundian tertinggi diperolehi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor iaitu 1,098 undi.

Bekas Ketua Pemuda Pas yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menduduki tangga kedua dengan undi sebanyak 1,042 disusuli Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok.

Sementara Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassarudin Daud pula memperoleh 914 undi untuk berada dalam jawatankuasa tersebut.

Seramai 22 individu dilaporkan bertanding untuk memperoleh kedudukan dalam Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

Pengundian Pemilihan Pimpinan Pas Pusat bagi penggal baharu berlangsung pada 20 Oktober bermula pukul 4 petang sehingga 7 malam menyaksikan seramai 1,141 perwakilan keluar mengundi.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Datuk Abdul Halim Tamuri berkata, seramai 1,356 perwakilan layak mengundi, namun peratusan yang keluar adalah sebanyak 84.14 peratus.

Menurutnya, perwakilan yang tidak hadir mengundi dikatakan memberi persetujuan untuk parti diterajui oleh kepemimpinan baharu. – UTUSAN

Berikut adalah senarai jawatankuasa Pas Pusat bagi penggal 2023 – 2025

Pengerusi Tetap

Senator Husin Ismail

 

Timbalan Pengerusi Tetap

Kamal Ashaari

 

Pemeriksa Kira-Kira

Mat Syukor Abdul Aziz

Mohammad Najib Ahmad

 

Presiden

Tan Sri Abdul Hadi Awang

 

Timbalan Presiden

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man

 

Naib Presiden

Datuk Idris Ahmad

Datuk Nik Mohamd Amar Abdullah

Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

 

Ahli Jawatankuasa

 

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor

Ahmad Fadhli Sahari

Muhammad Khalil Abdul Hadi

Dr. Azman Ibrahim

Halimhah Ali

Nizam Khairil Nizam Khirudin

Ahmad Marzuk Shaary

Datuk Siti Zailah Mohd. Yusof

Datuk Awang Hashim

Dr. Riduan Mohamad Nor

Datuk Ahmad Amzad Hashim @ Mohammad

Datuk Mohd. Nassarudin Daud

Datruk Mohamed Fadzli Hassan

Kamaruzzaman Mohamad

Dr. Najihaturssalehah Ahmad

Misbahul Munir Masduki

Datuk Iskadnar Abdul Samad

Dr. Rosni Adam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya