MSAM: Anak muda berilmu bijak buat penilaian

MSAM: Anak muda ada literasi kewangan tinggi dapat bezakan keperluan, kehendak

NAFISAH Amran (kanan) bersama pengacara, Zhiddin Aziz pada program Sembang-Sembang ASNB bertajuk Dilema Anak Muda: Rumah atau Kereta sempena MSAM 2023 yang berlangsung di Setia Fontaines, Bertam, Pulau Pinang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Anak muda yang mempunyai literasi kewangan tinggi tidak akan mudah terpengaruh dengan iklan gaya hidup mewah yang dipaparkan di media-media sosial.

Pempengaruh kewangan terkenal, Nafisah Amran berkata, ini kerana mereka telah mempunyai ilmu yang mencukupi untuk menilai sama ada apa yang dibeli itu lebih kepada keperluan atau kehendak.

“Saya akui, anak muda terutamanya yang baharu bekerja banyak terpengaruh dengan media sosial sekarang. Contoh yang baik adalah, melalui media sosial ini, mereka boleh belajar mengenai ilmu kewangan dan sebagainya.

NAFISAH AMRAN

“Namun, pada masa yang sama juga, di media sosial ketika ini banyak perbandingan dibuat. Contohnya, orang yang sebaya dengan awak sudah beli kereta, beli rumah dan sebagainya. Tapi, awak belum lagi.

“Jadi, di sini timbul pula satu tekanan baharu daripada media sosial iaitu untuk memiliki (aset),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam program ‘Sembang-Sembang ASNB bertajuk Dilema Anak Muda: Rumah atau Kereta?’ yang dihoskan oleh Zhiddin Aziz sempena karnival Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) di Setia Fontaines, Bertam, semalam.

Mengulas lanjut, Nafisah berkata, anak muda yang berfikiran ‘jauh’ sepatutnya boleh menyusun dengan baik matlamat jangka pendek atau jangka panjang mereka sama ada mahu membeli kereta atau rumah terlebih dahulu.

Katanya, selain dua matlamat itu, mereka juga perlu memikirkan bagaimana untuk menstabilkan kewangan masing-masing terutamanya jika berhasrat untuk berkeluarga selepas ini.

“Sebenarnya, sebelum membeli kereta atau rumah, saya syorkan anak-anak muda ini untuk membuat satu tabung simpanan kecemasan dan mereka perlu faham bilakah kegunaan tabung ini.

“Kemudian, mereka juga perlu tahu ke mana duit (gaji) mereka akan pergi dan sebagainya.

“Ini semua sebahagian daripada peraturan kewangan yang perlu dipatuhi. Elak berhutang jika tidak perlu, urus duit dengan baik atau membuat ‘budgeting’ (perbelanjaan), amalkan budaya menabung serta ‘upgrade mindset’ (tingkatkan pemikiran) terhadap hal-hal berkaitan kewangan,” ujar beliau.

Turut diadakan semasa sesi sembang santai itu ialah sesi soal jawab bersama penonton dan mereka yang berjaya menjawab soalan yang dikemukakan dengan betul diberikan baucar daripada e-Shoppee bernilai RM50. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN