MSAM 2023: TYT Pulau Pinang luang masa sejam lawat gerai pameran - Utusan Malaysia

MSAM 2023: TYT Pulau Pinang luang masa sejam lawat gerai pameran

AHMAD FUZI Abdul Razak (tengah) ketika mengunjungi salah satu daripada gerai pameran MSAM di Setia Fontaines, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KEPALA BATAS: Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak meluangkan masa mengunjungi Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 yang diadakan di Setia Fontaines, Bertam di sini, petang semalam.

Kehadiran beliau ditemani oleh Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda dan Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan itu, Ahmad Zulqarnain Onn.

Turut serta ialah pengurusan kanan syarikat Kumpulan PNB selaku Rakan MSAM dan lain-lain.

AHMAD FUZI Abdul Razak (dua dari kiri) diberi penerangan mengenai projek hartanah ketika mengunjungi salah satu daripada gerai pameran MSAM di Setia Fontaines, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.

Dalam pada itu, Ahmad Fuzi sempat meluangkan masa kira-kira satu jam untuk melawat gerai-gerai pameran yang mengambil bahagian dan beramah mesra bersama petugas serta pengunjung yang berada di situ.

Selain bergambar, beliau turut melancarkan Pelan Takaful iaitu IKHLAS Secure Travel Takaful dan merasmikan program Jom STEM: Bicara Geo Bersama Persatuan Geologi Malaysia anjuran S.P. Setia.

Pada masa sama, beliau turut singgah ke gerai pameran milik Malaysian Industrial Development Finance (MIDF) untuk menyaksikan majlis penyerahan zakat syarikat itu kepada Zakat Pulau Pinang (ZPP) sebelum menghadiri program minum petang sebaik sahaja sesi lawatannya tamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya