LUMUT: Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meneroka bidang penyelidikan dan kajian dalam menjadikan Manjung sebagai kawasan pintar, mapan, sejahtera serta memiliki karakternya sendiri. MoU yang berkuat kuasa selama tiga tahun itu ditandatangani Yang Dipertua MPM, Syamsul Hazeman Md. Salleh dan Timbalan Rektor UiTM Kampus Seri Iskandar, Prof. Madya Dr. Muhamad Abdul Aziz Ab. Gani, di sini semalam. Menurut Syamsul Hazeman, kerjasama antara kedua-dua pihak tidak terbatas dalam satu aspek sahaja sebaliknya menyeluruh dan meliputi aspek perancangan, pembinaan, penguatkuasaan dan pelaksanaan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya