MHB anjur Free Market, santuni lebih 500 penerima

MHB anjur Free Market, santuni lebih 500 penerima

PENDUDUK kampung memilih kasut sempena Free Market di MMHE, Pasir Gudang disini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad (MHB) menganjurkan program ‘free market’ bagi menyantuni seramai lebih 500 penerima terdiri daripada penduduk setempat.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MHB, Pandai Othman berkata, program itu merupakan salah satu daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya.

Menurut beliau, penganjuran kali keempat itu juga diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke 50 MHB, tahun ini.

“Program ini melibatkan seramai 500 penerima terdiri daripada 125 buah keluarga dari empat kampung di Pasir Gudang, 50 pelajar dari Rumah Kebajikan Ar Rahman, 20 penuntut dari Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang, 15 penuntut dari Johor Skills Development Centre Pasir Gudang dan 50 penuntut Politeknik Ibrahim Sultan.

“Bahan-bahan yang akan diagihkan kepada penerima kesemuanya adalah sumbangan daripada kakitangan MHB sendiri, di mana ia melibatkan barangan terpakai yang masih baik keadaannya serta juga barangan baharu.

“Kita berharap melalui pelaksanaan program ini, penerima akan beroleh barangan keperluan seperti pakaian, barangan mainan, keperluan solat dan lain-lain,” katanya ketika berucap pada majlis MHB Free Market 2023 yang diadakan di MMHE West Yard, Pasir Gudang, di sini hari ini.

Tambah Pandai, peserta turut diberikan agihan barangan keperluan harian seperti beras, gula, bihun, tepung dan minyak masak.

“Kita percaya program ini akan dapat memberikan manfaat kepada komuniti setempat, ini merupakan tanggungjawab kami untuk menyantuni komuniti setempat yang telah memberikan sokongan kepada syarikat selama ini.

“Program ini juga diadakan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuklah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Ihsan Johor Relief,” ujarnya lanjut.

Sementara itu, salah seorang peserta, Siti Noraida Bahar, 43, memberitahu, dia teruja dengan program itu kerana dapat membantu meringankan kos perbelanjaan keluarganya.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan berterima kasih kepada MHB. Ini kerana melalui program ini, saya dapat miliki barang keperluan seperti pakaian dan permainan untuk kegunaan kami sekeluarga.

“Harapan saya adalah agar program seperti ini diteruskan lagi untuk tahun-tahun akan datang,” ujarnya yang merupakan seorang suri rumah. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN