Mesyuarat khas tentu tarikh PRK Kemaman 17 Oktober ini

Mesyuarat khas tentu tarikh PRK Kemaman 17 Oktober ini

IKMALRUDIN ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman akan diadakan pada 17 Oktober ini.

Ia susulan Laporan Hakim Pilihan Raya susulan keputusan petisyen pilihan raya di mahkamah yang membatalkan keputusan pilihan raya bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen Kemaman, Terengganu pada 19 November 2022 lalu.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, disebabkan tiada notis rayuan difailkan dalam tempoh 14 hari, SPR akan mengeluarkan notis pilihan raya bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh akhir ditetapkan untuk pemfailan rayuan.

“Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh mengenai tarikh-tarikh penting PRK seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan-persiapan lain bagi melaksanakan pilihan raya tersebut akan dibincangkan,” katanya dalam kenyataan.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, Che Alias Hamid yang mewakili Perikatan Nasional (PN) memenangi kerusi Parlimen Kemaman selepas memperoleh sebanyak 65,714 undi menewaskan Ahmad yang mendapat undi sebanyak 38,535 dengan majoriti 27,179 undi.

Dua lagi calon yang bertanding di Parlimen itu, Rosli Ab. Ghani (Pejuang) dan Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) masing-masing mendapat undi sebanyak 506 dan 8,340 undi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN