Mercedes-Benz A200 hadiah utama kempen pembiayaan peribadi BSN 

[VIDEO] Mercedes-Benz A200 hadiah utama kempen pembiayaan peribadi BSN 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kempen ‘Pembiayaan Peribadi Terpaling Wow’ oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) bukan sahaja menawarkan penyelesaian kewangan kepada orang ramai tetapi juga peluang untuk memenangi sebuah kereta mewah, Mercedes-Benz A200.

Kempen ini yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 31 Disember, memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi hadiah bulanan bernilai RM10,000. Pemenang boleh memilih hadiah daripada pilihan-pilihan berikut: akaun emas BSN MyGold Account-i, BSN SSP, baucar Valiram untuk barangan berjenama, atau pakej percutian.

Menariknya pembiayaan ini menawarkan kadar keuntungan yang kompetitif terutamanya untuk sektor awam di bawah Skim Kakitangan Awam Persekutuan (SKAP) serendah 2.53 peratus setahun (tertakluk pada terma dan syarat) dengan amaun pembiayaan sehingga RM400,000 dan hanya memerlukan dokumen minimum.

Menerusi Pembiayaan Peribadi pelanggan baharu dan pelanggan sedia ada BSN dapat menyatukan semua komitmen kewangan mereka ke dalam satu bank, memiliki lebih banyak wang tunai, berpeluang untuk melabur, melanjutkan pelajaran atau mengubah suai rumah mereka.

Pembiayaan Peribadi Terpaling Wow BSN tidak hanya memberikan ketenangan fikiran dalam aspek komitmen kewangan tetapi juga memberikan peluang untuk memenangi Mercedes-Benz A200 sebagai Hadiah Utama. 

Pembiayaan yang ditawarkan oleh BSN termasuk BSN MyRinggit/i yang direka khas untuk kakitangan kerajaan seperti guru, jururawat, dan pegawai pentadbiran. Terdapat juga BSN MyRinggit-i Professional yang khusus untuk 13 kategori kerjaya, termasuk doktor, jurutera, pensyarah, akauntan, juruaudit dan banyak lagi. 

Selain itu, produk seperti BSN MyRinggit-i FIE, BSN MyRinggit/i High Ranking Officer (HRO) dengan pembayaran bulanan melalui potongan gaji, Skim Kakitangan Pekerja Korporat (CES) dan Skim Outsourcing juga disediakan.

Sementara itu terdapat dua (2) pemenang setiap bulan yang mana setiap satu daripada Cabutan Pelanggan Sedia Ada dan Cabutan Pelanggan/Pembiayaan Baharu dan satu hadiah utama berupa Mercedes-Benz A200 akan diberikan selepas tamat kempen. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen pembiayaan peribadi BSN, layari laman web www.bsn.com.my/page/TerpalingWow atau mohon atas talian https://rms.bsn.com.my/Public-Online-Application.aspx

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya