MBPP sita gerai warga asing - Utusan Malaysia

MBPP sita gerai warga asing

MBPP menyita gerai warga asing dalam operasi bersepadu pasar malam bagi membanteras peniaga warga asing di kawasan Barat Daya, Pulau Pinang, petang kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menyita empat gerai warga asing dalam operasi bersepadu pasar malam bagi membanteras peniaga warga asing di kawasan Barat Daya petang kelmarin.

Selain itu, tujuh warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah turut ditahan dalam operasi tersebut.

MBPP berkata, Jabatan Pelesenan MBPP dengan kerjasama Jabatan Imigresen dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengadakan operasi bersepadu pasar malam itu bagi membanteras peniaga warga asing di kawasan Barat Daya.

MBPP menyita gerai warga asing dalam operasi bersepadu pasar malam bagi membanteras peniaga warga asing di kawasan Barat Daya, Pulau Pinang, petang kelmarin.

”Unit Perniagaan Kecil MBPP telah memeriksa sebanyak 123 penjaja di pasar malam tersebut dan telah merampas barang perniagaan dari empat gerai warga asing yang menjual buah-buahan, bantal serta karpet.

”Sebanyak 12 kompaun telah dikeluarkan kepada pekerja-pekerja gerai menjual makanan yang tidak mengambil suntikan anti tifoid,” katanya di sini hari ini.

Menurut MBPP, pihaknya telah memeriksa lima premis perniagaan dan telah mengeluarkan satu Notis Tentang Kesalahan kepada premis yang menjalankan perniagaan tanpa lesen.

“Satu Notis Tentang Kesalahan dan tiga kompaun telah dikeluarkan bagi kesalahan meletak peralatan dan barangan jualan di siar kaki yang mendatangkan halangan.

“Para pegawai Pelesenan MBPP juga memberi teguran dan nasihat kepada penjaja yang menjalankan perniagaan makanan dan minuman supaya mengutamakan kebersihan persekitaran dan peralatan perniagaan bagi memastikan kualiti penyediaan makanan terjamin,” katanya.

Tambahnya, KPDN negeri turut memberi teguran serta amaran kepada para peniaga dalam aspek penandaan harga pada barangan jualan supaya diperincikan dan diperkemaskan agar tidak menimbulkan kekeliruan kepada para pelanggan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya