Mayat mangsa lemas kedua ditemukan di Sungai Meluan 

Mayat mangsa lemas kedua ditemukan di Sungai Meluan 

MAYAT kedua mangsa dihanyut arus Sungai Kanowit Nanga Meluan ditemukan oleh penduduk kampung dengan melakukan selaman di air pada kedudukan 50 meter dari mangsa dilaporkan hilang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JULAU: Remaja lelaki yang dilaporkan masih hilang dihanyutkan arus sungai di Sungai Kanowit Nanga Meluan berjaya ditemukan oleh penduduk kampung. 

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sekitar pukul 11 malam tadi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor menerima makluman berhubung penemuan tersebut.

“Kawalan Bintangor menerima maklumat dari ketua balai (BBP Bintangor) yang memaklumkan mangsa kedua iaitu Ferdinand Raymond Jiram dijumpai oleh penduduk kampung yang membuat selaman di air pada kedudukan 50 meter dari mangsa dilaporkan hilang.

“Menurut saksi di tempat kejadian, mangsa kedua dijumpai lebih kurang pada pukul 9:30 malam tadi,” jelasnya. 

Tambahnya, setibanya pegawai dan anggota bomba di lokasi sekitar pukul 11:15 malam, didapati sah mangsa dijumpai oleh penduduk kampung dan menunggu pihak Polis Julau untuk membawa mangsa ke Hospital Sarikei. 

Terdahulu, dilaporkan hasrat dua remaja melakukan aktiviti rekreasi di Sungai Kanowit Nanga Meluan bertukar tragedi apabila mereka dihanyutkan arus sungai yang deras di sini lewat petang semalam. 

Mangsa pertama ditemukan kira-kira 20 meter dari tempat mangsa dilaporkan tenggelam. 

Mayat Abdul Rezan Abdul Jalil, 15, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 20 meter dari tempatnya dilaporkan tenggelam pada jam 5.47 petang semalam. -UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN