Lebih 5,000 berhimpun depan Kedutaan AS, desak Israel lakukan gencatan senjata

Lebih 5,000 berhimpun depan Kedutaan AS, desak Israel lakukan gencatan senjata

Israel
KIRA-KIRA 5,000 peserta menyertai himpunan Solidariti Palestin di Jalan Tun Razak berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 peserta berhimpun bagi Solidariti Palestin di sepanjang Jalan Tun Razak berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini selain mendesak pihak Israel melakukan gencatan senjata segera.

Terdahulu, peserta berkumpul di Masjid KLCC di sini pada pukul 2 petang sebelum berarak kira-kira satu kilometer ke Kedutaan AS.

Perarakan anjuran Pemuda Pas itu turut disertai Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan beberapa pemimpin politik lain.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, polis dari Pasukan Unit Tempur Ringan (LSF) mengawal ketat Kedutaan AS dan sekitar kawasan perhimpunan terbabit.

Walaupun hujan turun namun ia tidak menghalang peserta untuk menyertai himpunan tersebut dan perhimpunan tamat pada 3 petang.

Selasa lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengingatkan peserta himpunan aman agar tidak melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang.

Beliau berkata, ini susulan pihaknya mengesan tindakan peserta konvoi motosikal  yang membawa sepanduk dan batang kayu ketika menyertai perhimpunan aman.

“Tindakan membawa dan mengibarkan sepanduk semasa menaiki motosikal adalah perbuatan menyalahi undang-undang kerana ia boleh membahayakan pengguna jalan raya lain. 

“Justeru kita tetap akan melaksanakan operasi lalu lintas di sekitar ibu negara bagi memastikan orang ramai patuh undang-undang khususnya peraturan jalan raya,” katanya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.