Lebih 2,000 penguat kuasa pantau harga barang

Parlimen: Lebih 2,000 penguat kuasa pantau harga barang, bekalan makanan setiap hari 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 2,200 penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turun memantau bekalan makanan dalam negara setiap hari.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, seramai 900 pegawai pemantau harga juga ditempatkan di seluruh negara bagi memantau harga barangan asas.

FUZIAH SALLEH

“Pada masa sama, penguat kuasa kita ada jadual tetapi ada yang mereka terjah.

“Ada juga mereka berpakaian orang biasa untuk menyiasat di kedai-kedai, bukan sentiasa jadual berkala yang tetap.

“Mereka juga ada terjah dan mereka ada memakai pakaian biasa sebagai pembeli biasa,” katanya semasa sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan dibangkitkan Datuk Seri Doris Sophia Anak Brodi [GPS – Sri Aman] berkaitan penguatkuasaan dilaksana kerajaan bagi memantau bekalan dan harga barang dalam pasaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN