Kondom antara peranti perubatan dirampas bernilai RM500,000

Kondom antara peranti perubatan dirampas bernilai RM500,000

MURALITHARAN Paramasua bercakap ketika sidang akhbar berkaitan operasi serbuan premis mengedar peranti perubatan tidak berdaftar di Cyberjaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) merampas barangan tidak berdaftar dengan nilai mencecah RM500,000 sepanjang lima operasi dijalankan di seluruh negara.

Daripada jumlah rampasan itu, kondom paling tertinggi peranti perubatan tidak berdaftar dijual di pasaran selain sarung tangan pakai buang, kanta sentuh dan gajet tekanan darah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Muralitharan Paramasua berkata, MDA bertindak membatalkan lesen melibatkan dua buah syarikat, manakala 14 lagi syarikat digantung lesen atas pelbagai kesalahan.

“Daripada 14 syarikat yang digantung itu, sembilan sudah pun dikembalikan lesen untuk mereka dibenarkan beroperasi semula manakala lima lagi masih digantung selain ada dihadapkan ke mahkamah kelak di bawah pelbagai jenis kesalahan menurut Akta 737,” kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Muralitharan berkata, MDA melakukan operasi serbuan terbaharu pada 13 September lalu ke atas sebuah syarikat di di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur yang berdegil mengedarkan peranti selepas mendapati syarikat berdaftar tersebut masih ingkar menjual barangannya setelah digantung pada 6 Julai lalu.

Antara disita itu meliputi sejumlah tujuh kotak sarung tangan pemeriksaan lateks, 33 kotak picagari tanpa jarum, 90 kotak lancet darah dan 146 kotak wooden tongue depressor.

Turut dirampas katanya, tiga kotak jarum pakai buang selain 1,098 unit spandex crepe bandage dan sembilan set dokumen dengan nilai keseluruhan hampir RM10,000.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 25(1) Akta Peranti Perubatan 2012 iaitu kesalahan meletakkan peranti di pasaran ketika lesen syarikat masih dalam tempoh penggantungan.

“Jika disabitkan di mahkamah, syarikat ini boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM200,000 atau dipenjarakan selama tempoh maksimum tiga tahun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya