Keterangan pengasuh diambil berhubung kematian bayi dua bulan di taska - Utusan Malaysia

Keterangan pengasuh diambil berhubung kematian bayi dua bulan di taska

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu siasatan dijalankan oleh polis berhubung kematian bayi berusia dua bulan yang meninggal dunia di sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara di sini, pada Selasa lalu.

Bayi berkenaan disahkan meninggal dunia dipercayai mengalami sesak nafas.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, seorang pengasuh wanita berusia 40-an ditahan semalam bagi merakam keterangan.

Kata beliau, wanita berkenaan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan.

“Setakat ini, kita (polis) telah mengambil tiga keterangan saksi terdiri daripada pemilik taska dan ibu bapa bayi berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, taska berkenaan mempunyai lima cawangan termasuk di Kota Damansara.

“Kita (polis) masih menunggu laporan bedah siasat bayi berkenaan. Selain itu, penelitian juga sedang dibuat terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di taska itu,” jelasnya.

Terdahulu, media melaporkan bayi tersebut maut dipercayai ketika berada di bawah jagaan pengasuh di sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selasa lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN