Kertas siasatan pergaduhan kumpulan tarik kereta dirujuk Timbalan Pendakwa Raya

Kertas siasatan pergaduhan kumpulan tarik kereta dirujuk Timbalan Pendakwa Raya

ALLAUDEEN ABDUL MAJID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan kertas siasatan berhubung insiden pergaduhan antara kumpulan penarik kereta di Kampung Malaysia Tambahan, Cheras, di sini, pada 2 Oktober lalu, sudah dilengkapkan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, kertas siasatan berkenaan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, hari ini.

“Setakat ini, tiada tangkapan baharu dan semua 22 suspek yang ditahan sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya di sini.

Terdahulu, 12 individu berusia antara 20 hingga 35 tahun ditahan di sekitar ibu negara pada 4 Oktober lalu.

Mereka disyaki terbabit dengan insiden pergaduhan berkaitan urusan menunda kenderaan kemalangan di Kampung Malaysia Tambahan.

Sebelum ini, 10 lelaki ditahan reman bagi membantu siasatan kes pergaduhan berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan berhubung insiden itu seramai 22 suspek, setakat ini.

Siasatan berhubung pergaduhan yang berlaku pukul 1.37 pagi, 2 Oktober lalu, dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN