Kerajaan tambah peruntukan NSRC kepada RM20 juta

Belanjawan 2024: Kerajaan tambah peruntukan NSRC kepada RM20 juta banteras jenayah scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajan akan menambah peruntukan untuk Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) kepada RM20 juta bagi meningkatkan lagi fungsi pusat tersebut untuk membanteras jenayah penipuan dalam talian atau scam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, NSRC mengendali lebih 49,000 panggilan dan berjaya membeku sehingga RM60 juta transaksi sejak penubuhannya.

“Bank Negara Malaysia dengan kerjasama sektor kewangan sedang membangunkan Portal Fraud Kebangsaan (NFP) yang dijangka siap menjelang pertengahan tahun 2024.

“Dengan kebolehan automasi penjejakan dana, diharap Portal ini akan mempercepat tempoh pengesanan, pembekuan dan pemulangan dana,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, agensi berkaitan sedang meneliti keperluan untuk meminda undang-undang termasuk Kanun Tatacara Jenayah.

“(Ini) bagi membolehkan tindakan yang lebih berkesan diambil terhadap sindiket dan pemegang akaun keldai, seterusnya mempercepat proses pemulangan wang kepada mangsa scam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN