Kerajaan negeri dibenar eksplorasi awal REE

Kerajaan negeri dibenar eksplorasi awal REE

NIK NAZMI NIK AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan negeri dibenarkan melaksanakan eksplorasi awal unsur nadir bumi (REE) berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Sumber Asli-REE dan dasar-dasar mineral sedia ada.

Perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Industri Mineral (JKPPIM) yang pertama diadakan semalam dipengerusikan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurut Nik Nazmi, mesyuarat berkenaan melihat keperluan dalam melaksanakan rangka kerja kebangsaan bagi pembangunan industri mineral contohnya untuk pengekstrakan REE.

Katanya, kebenaran eksplorasi awal REE kepada kerajaan negeri itu sebagai menyahut ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal RMK-12 baru-baru ini.

“Kertas pertimbangan yang telah dibentangkan ialah Kerangka Dasar Mineral Negara 3, manakala kertas makluman pula ialah Potensi Sumber Mineral Strategik dan Sumbangannya Sebagai Kekayaan Baharu.

“Ini termasuk Laporan Pengauditan Pelaksanaan Projek Perintis Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak dan perkara-perkara utama daripada keputusan Mesyuarat Majlis Mineral Negara Kedua dan Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-80,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Nazmi berkata, Dasar Mineral Negara baharu (DMN3) akan dirangka bagi memacu pembangunan industri mineral yang menyeluruh sebagaimana diputuskan menerusi Mesyuarat MTN ke-80 pada 12 September lalu.

Katanya, kerajaan juga akan membangunkan dasar larangan eksport bahan mentah nadir bumi bagi mengelakkan eksploitasi dan kehilangan sumber.

“DMN3 memberikan tumpuan kepada usaha memperkasa perundangan dan persekitaran industri, mengukuhkan keseluruhan rantaian nilai industri dan meningkatkan pengaplikasian teknologi terkini.

“Ini termasuk memperkasa modal insan tempatan dan memantapkan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam industri mineral,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya