Keluarga kakitangan Kedutaan Malaysia di Lubnan dipanggil pulang - Utusan Malaysia

Keluarga kakitangan Kedutaan Malaysia di Lubnan dipanggil pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan anggota keluarga kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lubnan kembali ke Malaysia sehingga keadaan keselamatan membenarkan berikutan konflik Palestin-Israel yang semakin berterusan.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, tindakan itu sebagai langkah proaktif kerajaan bagi memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia menjadi keutamaan negara.

Menurut Wisma Putra, kawasan di Selatan Lubnan turut menjadi serangan pihak Israel, justeru kerajaan turut mengarahkan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

Katanya, keadaan rakyat Malaysia di Lubnan turut dipantau termasuk pasukan pengaman ATM-PBB iaitu MALBATT yang berkhidmat di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

“Kedutaan Besar Malaysia di Beirut telah berhubung rapat dengan 12 warga Malaysia serta keluarga yang kini bermastautin di Lubnan.

“Dalam keadaan semasa, warga Malaysia disaran agar dapat menangguhkan perjalanan yang tidak penting (non-essential travel) ke Lubnan,” katanya hari ini.

Walau bagaimanapun, kata Wisma Putra Kedutaan Besar Malaysia akan terus beroperasi seperti biasa.

Katanya. rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular dan mempunyai pertanyaaan boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut seperti butiran berikut:

Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lubnan
Lot 170, Saad Zaghloul Street
Downtown Beirut, Lebanon
Tel: +961 (1)1970207 (pejabat)
+961-71380063 (bimbit)
Emel: [email protected]UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya