Kawasan Industri Jaya ditutup akibat kebocoran gas amonia

Kawasan Industri Jaya ditutup akibat kebocoran gas amonia

ANGGOTA bomba melakukan pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian yang terdedah dengan kebocoran gas amonia di Taman Perindustrian Jaya, Ara Damansara, di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seluruh kawasan di Taman Perindustrian Jaya, Ara Damansara, di sini ditutup selepas berlaku kebocoran gas amonia di sebuah kilang memproses ais, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 10.30 malam.

Katanya, sepasukan anggota polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta Kementerian Kesihatan (KKM) bergegas ke lokasi kejadian.

“Susulan itu, pihak polis mengambil tindakan menutup keseluruhan Taman Industri Jaya dan tidak membenarkan orang awam pekerja masuk ke lokasi kejadian.

“Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terkesan dengan kebocoran gas tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau turut mengingatkan penduduk di sekitar lokasi kejadian agar mendapat rawatan pemeriksaan di hospital berdekatan sekiranya terbau gas atau muntah.

“Pada peringkat awalnya bacaan adalah 200 ppm (bahagian setiap juta) dan keluasan kilang itu 400 meter,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya