Kanak-kanak autisme meninggal dunia selepas ditemukan dalam mesin basuh - Utusan Malaysia

Kanak-kanak autisme meninggal dunia selepas ditemukan dalam mesin basuh

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun meninggal dunia selepas ditemukan dalam mesin basuh pakaian di sebuah rumah di Kampung Sungai Tapah Tambahan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, mangsa dijumpai neneknya dalam keadaan tidak sedarkan diri pada pukul 9.30 pagi sebelum dihantar ke hospital dengan menaiki ambulans.

Bagaimanapun katanya, kanak-kanak itu disahkan telah meninggal dunia pada pukul 11.02 pagi.

“Mangsa yang juga kanak-kanak autisme itu telah diberikan bantuan pernafasan (CPR) namun tidak menunjukkan tanda positif sebelum disahkan meninggal dunia.

“Mayat mangsa telah menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di kepala akibat objek tumpul,” katanya di sini hari ini.

Menurut Yahaya, semasa kejadian, mangsa bersama ahli keluarganya yang lain berada di dalam rumah berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dengan kes disiasat mengikut Seskyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).

“Pihak polis ingin menasihati orang ramai khususnya ibu bapa atau penjaga supaya tidak membiarkan kanak-kanak di bawah jagaan masing-masing tinggal tanpa pengawasan berpatutan bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN