Kanak-kanak sembilan tahun diselamatkan bomba, kaki tersangkut

Kanak-kanak 9 tahun diselamatkan bomba, kaki tersangkut lubang tandas

ANGGOTA bomba cuba mengeluarkan kaki seorang kanak-kanak yang tersepit dalam lubang tandas di Jalan Cheras Batu 12, Sungai Sekamat, Kajang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak berusia sembilan  tahun berdepan detik cemas apabila sebelah kakinya tersangkut dalam lubang tandas di rumahnya di Jalan Cheras, Batu 12, Sungai Sikamat, Kajang, dekat sini, tengah hari tadi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang digerakkan ke lokasi sebaik menerima laporan kejadian pada pada 12.23 tengah hari.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kanak-kanak itu dipercayai tergelincir ketika mahu menggunakan tandas.

“Sebahagian kaki kiri mangsa terperosok dan tersangkut pada lubang tandas.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan kaki mangsa dan operasi selesai sepenuhnya pada jam 12.50 tengah hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kanak-kanak terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN