Kami masih berkawan - Sofia Albarakbah jawab status hubungan dengan Mr Doctor - Utusan Malaysia

Kami masih berkawan – Sofia Albarakbah jawab status hubungan dengan Mr Doctor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sekian lama mengunci mulut, pelakon Sofia Al Barakbah mengesahkan sudah tidak lagi bergelar teman istimewa kepada Mr Doctor.

Jelasnya, perkara itu terlalu berat untuk diceritakan dan dia kini dalam fasa pemulihan daripada kesedihan akibat perpisahan tersebut.

“Ya, saya single. Kisah perpisahan kami terlalu peribadi dan saya kalau boleh tak mahu kongsikan.

“Tapi kami masih berkawan. Sebenarnya kami sudah kenal empat tahun, bercinta baru dua tahun.

“Perpisahan kami adalah perkara yang sukar bagi kami berdua. Sebab itu saya tak mahu kongsi. Tapi perasaan saya dah pulih sedikit. Saya tak mahu bercakap tentangnya lagi kerana tak mahu bersedih hati,” katanya.

Sofia berkata kata demikian selepas sidang media filem Harimau Malaya: The Untold Journey petang tadi.

Sofia sebelum ini tidak pernah menyorok hubungannya malah sering ditemani lelaki tersebut ke majlis-majlis rasmi.

Dalam masa yang sama, Sofia memaklumkan enggan memikirkan soal jodoh dan percintaan dan lebih memilih untuk fokus tentang kerjaya seni.

“Hati saya sudah tertutup, tak sedia berteman baru. Saya hanya mahu fokus pada kerjaya.

“Kalau dah masa, jodoh akan datang. Tak perlu saya fikirkan.

“Saya tak nafikan ramai lelaki yang cuba mendekati. Mereka kena hormati kemahuan saya yang tidak bersedia untuk bercinta lagi,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN