Kajian MMA dedah 40 peratus doktor Malaysia dibuli - Utusan Malaysia

Kajian MMA dedah 40 peratus doktor Malaysia dibuli

Dr. AZIZAN ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sejumlah 30 hingga 40 peratus doktor Malaysia di semua negeri  mendakwa mereka pernah berdepan  dengan situasi menjadi mangsa buli.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. Azizan Abdul Aziz, berkata, menurut kajian  pihaknya antara 15 September hingga 1 Oktober lalu, kajian mendapati bahawa mangsa buli tidak membuat aduan.

Menurut eliau, ini disebabkan doktor yang terlibat takut atau tidak tahu bagaimana proses aduan dilakukan malah tiada tindakan diambil terhadap kes aduan yang telah direkodkan.

Sehubungan itu, katanya, sebanyak 253 kes buli direkodkan dengan jumlah tertinggi dilaporkan di Sarawak (15), Selangor (sembilan) dan Perak (lapan) manakala sebanyak 197 kes buli direkodkan daripada negeri yang tidak diketahui.

Katanya, Sabah dan Melaka bagaimanapun tidak merekodkan sebarang kes buli.

“Keadaan ini boleh memberi kesan buruk terhadap penjagaan pesakit, terutama dalam sektor penjagaan kesihatan awam jika ia tidak ditangani dengan baik.

“Buktinya, seramai 168 doktor yang terkesan terhadap keadaan ini dalam semua peringkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seramai 728 doktor daripada sektor penjagaan kesihatan awam dan swasta telah mengambil bahagian dalam tinjauan itu.

Daripada jumlah tersebut, seramai 476 adalah mereka daripada pegawai perubatan, doktor pakar (207) dan doktor pelatih (46).

Sebanyak 50 peratus kakitangan perubatan dan pakar yang mengambil bahagian dalam tinjauan itu turut melaporkan perkara sama.

PENGALAMAN

Dalam pada itu, katanya, kajian mendapati sebanyak 60 peratus doktor muda yang pengalaman kurang dua tahun bekerja lebih masa setiap hari.

Katanya, 20 peratus doktor berpengalaman dua tahun ke atas bekerja lebih masa setiap hari manakala 30 hingga 40 peratus masih bekerja lebih masa sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

“Maka, jumlah kekerapan doktor Malaysia yang bekerja lebih masa dua kali seminggu sebanyak 35 peratus; 32 peratus antara tiga hingga empat kali seminggu dan 24 peratus setiap hari dan sembilan peratus tidak pernah.

“Walaupun bilangan doktor yang mengambil bahagian dalam tinjauan ini hanya sebahagian kecil daripada doktor daripada keseluruhan sistem penjagaan kesihatan, namun dapatan kajian masih signifikan,” katanya.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) perlu mengambil langkah proaktif dengan segera bagi memastikan semua penambahbaikan dalam budaya kerja sama sekali kemudahan penjagaan kesihatan kerajaan.

“Ini berikutan kadar peletakan jawatan dalam kalangan doktor kontrak Malaysia meningkat sebanyak 1,131 peratus dalam tempoh enam tahun lalu (2017-2022),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya