Johor mahu pengangkutan awam jadi pilihan utama rakyat

Johor mahu pengangkutan awam jadi pilihan utama rakyat

MOHAMAD FAZLI MOHAMAD SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri komited untuk menggalakkan orang ramai khususnya di kawasan pusat bandar raya di negeri ini untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan utama pergerakan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh sehubungan itu berkata, aspek pengangkutan awam antara yang turut diberi perhatian dalam Belanjawan Johor 2024.

Beliau juga berharap kerajaan persekutuan akan menyokong hasrat berkenaan dengan melaksanakan projek-projek pengangkutan awam bersesuaian di negeri ini.

“Memang kita sudah masukkan soal pengangkutan awam ke dalam Belanjawan Johor 2024, antaranya termasuklah kita akan menggalakkan rakyat Johor menggunakan kemudahan itu.

“Di peringkat negeri, kita juga alu-alukan projek daripada kerajaan pusat seperti Transit Aliran Bas (BRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) kerana projek sedemikian memerlukan peruntukan daripada pusat,” katanya kepada pemberita.

Tambah Mohamad Fazli, kerajaan negeri komited untuk membantu menjayakan pelaksanaan projek sedemikian kerana ia akan beri manfaat besar kepada penduduk setempat.

“Kita akan bantu dan sokong projek-projek berkenaan, kita juga akan lakukan promosi bagi menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan utama rakyat di negeri ini,” jelasnya.

Sementara itu, beliau turut mengulas langkah kerajaan negeri melakukan kerja-kerja membaik pulih kira-kira 6,000 kilometer (km) paip air lama yang berusia lebih 40 tahun di seluruh negeri ini.

Menurut beliau, usaha itu adalah kerja berterusan yang dibuat dalam jangka masa panjang kerana ia melibatkan kos peruntukan yang besar.

“Johor ada kira-kira 6,000 km paip air lama yang perlu diganti, namun dengan peruntukan tahunan sedia ada, kita mampu baiki sekitar 200 hingga 250 km paip air setiap tahun.

“Kerajaan negeri telah susun jadual pelaksanaan agar projek-projek seperti ini diberkati keutamaan kerana ia merupakan projek berimpak tinggi buat Johor. Insya-Allah bermula tahun depan projek seperti ini akan diberikan keutamaan,” jelasnya.- UTUSAN

 

Habis..

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN