Jenayah indeks di Selangor meningkat 6.15 peratus - Utusan Malaysia

Jenayah indeks di Selangor meningkat 6.15 peratus

Jenayah indeks
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Jenayah indeks di negeri ini meningkat 6.15 peratus dalam sembilan bulan tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kenaikan kategori tersebut membabitkan peningkatan jumlah kes jenayah seperti bunuh, serangan seksual, rogol dan sebagainya.

“Jenayah-jenayah itu sukar untuk dibuat pencegahan kecuali melalui penganjuran program kesedaran.

“Bagaimanapun, ia masih lagi tidak melangkaui nilai ambang yang ditetapkan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Latih Amal Ops Ex-Ganjar 2023 di Pelabuhan Klang, hari ini.

Beliau menambah, polis Selangor akan mengambil tindakan yang lebih agresif bagi mengelak jumlah kes jenayah di negeri ini terus meningkat dengan lebih tinggi menjelang akhir tahun ini.

Baru-baru ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan bahawa jenayah indeks di negara ini menurun 40 peratus dari Januari sehingga Ogos tahun ini.

Menurutnya, penurunan indeks tersebut merupakan satu petanda positif sekaligus menunjukkan pasukan polis mampu mengekalkan keadaan keselamatan negara dengan begitu baik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya