JAIPs terima 1,000 permohonan perceraian setahun

JAIPs terima 1,000 permohonan perceraian setahun

PERCERAIAN memberi kesan dalam aspek kewangan, psikososial dan pendidikan anak-anak keluarga yang terlibat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) menerima sekitar 1,000 permohonan perceraian setahun melibatkan orang Islam di negeri ini.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan membabitkan beberapa faktor tradisi antaranya seperti kegagalan suami memberi nafkah, kes dadah dan sebagainya.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Syariah JAIPs, Muhammad Hafeez Abu Seman berkata, bagaimanapun, kes penceraian di Perlis sejak kebelakangan ini menjadi kian kompleks khususnya apabila semakin ramai orang luar menetap dan berkhidmat di negeri ini.

“Masalah perceraian ini menjadi kompleks membabitkan isu seperti suami tidak lagi romantik, isteri kerap meluahkan perasaan dalam media sosial, kehadiran orang ketiga dan sebagainya.

“Masalah-masalah inilah yang berlaku dan menyumbang kepada peningkatan statistik kes perceraian di Perlis,” katanya selepas Muzakarah Penolong Pendaftar Perkahwinan Orang Islam Negeri Perlis Tahun 2023 di Kelab Golf Sungai Batu Pahat, di sini, hari ini.

Hadir sama bagi menyempurnakan majlis berkenaan adalah Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof bersama Pengarah JAIPs, Najmuddin Abdul Karim. 

Dalam majlis itu, seramai 18 orang Penolong Pendaftar Perkahwinan Orang Islam menerima tauliah daripada JAIPs bagi mewakili kariah masing-masing di negeri ini. 

Mengulas lanjut, Muhammad Hafeez berkata, terdapat ramai juga pasangan dari luar negeri ini memilih untuk bercerai di Perlis dan menyumbang kepada peningkatan statistik berkenaan.

“Mereka melihat pengurusan perceraian di Perlis tidak begitu ramai orang dan disebabkan itulah pihak terlibat memilih bercerai di negeri ini,” katanya. 

Dalam pada itu, Muhammad Hafeez berkata, statistik pernikahan di negeri ini menunjukkan peningkatan setiap tahun seiring dengan pertambahan penduduk negeri ini. 

Tambahnya, JAIPs menerima sekitar 3,000 sehingga 3,500 permohonan pernikahan di Perlis pada setiap tahun.

“Orang luar juga menjadikan Perlis sebagai destinasi untuk berkahwin dan jumlah ini mendorong kepada peningkatan jumlah berkenaan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya