Institusi zakat penting tangani isu kemiskinan murid - Fadhlina

Institusi zakat penting tangani isu kemiskinan murid – Fadhlina

FADHLINA Sidek menerima Penyerahan Wakalah Zakat KPM - Pusat Pungutan Zakat-MAIWP di Putrajaya. - GAMBAR FB FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Peranan institusi zakat amat penting dalam membantu menangani isu kemiskinan multidimensi dalam kalangan murid.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, dalam usaha itu, komitmen dan kerjasama semua pihak amat diperlukan dengan memperkukuhkan ekosistem institusi zakat demi memastikan hasrat untuk menoktahkan kemiskinan tercapai.

“Saya menggalakkan lagi kerjasama dalam usaha untuk memastikan dan menoktahkan kemiskinan multidimensi harus ada sokongan daripada semua pihak untuk melihat dari kaca mata dan lensa yang sama.

“Semoga sumbangan ini akan memberikan manfaat yang besar kepada mereka yang memerlukan, khususnya pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Penyerahan Wakalah Zakat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – Pusat Pungutan Zakat-MAIWP dan Sumbangan Zakat Murid Asnaf Putrajaya – Etiqa Family Takaful Berhad, di sini hari ini.

Fadhlina turut menerima Cek Cura Zakat Etiqa Family Takaful Bhd serta Sumbangan Zakat Murid Asnaf Putrajaya kepada 27 orang pengetua dan guru besar.

Setakat ini, Zakat Wakalah KPM adalah berjumlah RM 1,096,698 yang diserahkan kepada KPM bagi tujuan pengagihan dengan jumlah keseluruhan kutipan zakat KPM pada tahun 2022 adalah sebanyak RM8,773,587.

Menurut kenyataan KPM, pelaksanaan majlis ini adalah penghargaan kepada seluruh warga KPM yang menunaikan kewajipan berzakat terutamanya zakat pendapatan.

“Kempen Skim Potongan Zakat Bulanan adalah satu langkah proaktif KPM bagi memberikan kesedaran buat seluruh warga KPM untuk menunaikan zakat pendapatan.

“Wakalah adalah dasar pengembalian wang zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada entiti yang membayar zakat kepada Pusat Pungutan Zakat-MAIWP yang kemudiannya diagihkan kepada asnaf yang layak,” katanya.

Jelas KPM, Yayasan Didik Negara (YDN) diberi tanggungjawab sebagai peneraju utama inisiatif ini yang menyelaras keseluruhan peruntukan bagi memastikan agihan yang cekap, teratur dan sistematik.

Ini termasuk pengagihan peruntukan zakat kepada murid asnaf di Putrajaya berjumlah RM113,500 melibatkan seramai 1,135 orang murid yang disumbangkan oleh Syarikat Etiqa Family Takaful Berhad. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya