Industri gula Malaysia berdepan cabaran berikutan peningkatan kos

Industri gula Malaysia berdepan cabaran berikutan peningkatan kos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INDUSTRI gula negara terus berdepan dengan cabaran peningkatan kos input dan dalam masa yang sama mereka perlu memastikan harga runcit terhadap gula adalah mampu milik terhadap pengguna.

Menurut maklumat yang dikumpul, dalam tempoh sepanjang dekad yang lalu, harga runcit gula hanya meningkat 1 sen iaitu daripada RM2.84 sekilogram pada 2013 kepada RM2.85 sekilogram pada masa kini. Difahamkan harga runcit gula dalam negara tidak dikenakan subsidi oleh kerajaan.

Tambahan, Malaysia mencatatkan harga runcit gula paling rendah di rantau ASEAN, dengan harga RM2.85 untuk satu kilogram, malah merupakan antara yang terendah di dunia.

Jika dibandingkan dengan negara ASEAN lain, seperti Filipina, di mana gula dijual pada harga RM8.53 (PHP105) sekilogram, dan di Myanmar, harga gula ialah RM6.41 (KS 3,000) sekilogram.

Harga rendah terkawal yang ditetapkan kerajaan Malaysia kini memberi tekanan kepada pengeluar gula kerana kos pengeluaran meningkat dengan ketara sejak kebelakangan ini.

Misalnya, harga siling bagi pengilang ialah RM2.69 (sekilogram), RM2.77 (sekilogram) untuk pemborong dan RM2.85 (sekilogram) untuk peruncit.

Dengan kenaikan harga gula global akibat defisit dan kos pengangkutan serta minyak yang meningkat, kos purata pengeluaran gula kini jauh lebih tinggi daripada harga yang boleh
dijual oleh syarikat pengeluar gula.

Berhubung dengan perkara itu, ia menyebabkan kerugian yang ketara bagi setiap kilogram gula yang dijual oleh pihak pengeluar.

Berikut ialah beberapa faktor utama yang telah menyebabkan lonjakan kos operasi untuk industri gula Malaysia:-

• Harga gula global telah meningkat apabila pengeluaran di seluruh dunia berkurangan. Penapis gula mengimport 100 peratus keperluan gula mentah mereka terutamanya daripada
pembekal global di Brazil, India dan Thailand. Kenaikan harga gula mentah global sejak beberapa tahun lalu, seperti yang dibuktikan oleh kenaikan harga terhadap gula NY11 (gula
mentah), telah mengakibatkan margin keuntungan negatif bagi syarikat.

• Kenaikan harga minyak mentah telah meningkatkan perbelanjaan gas asli yang merupakan input kritikal bagi syarikat gula untuk menjalankan proses penapisan. Lonjakan harga gas asli telah terus menerus menyumbang kerugian kepada pihak industri.

• Ketidaktentuan ringgit Malaysia berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) turut menambah kepada kesukaran dalam masalah ini.  Memandangkan pembelian dan pengangkutan gula mentah diurusniagakan dalam dolar AS, maka nilai ringgit yang semakin lemah telah menyebabkan kos bahan mentah untuk penapisan meningkat. Walaupun beberapa perlindungan bagi nilai mata wang ringgit dilaksanakan namun kesannya kekal ketara.

• Kos pengangkutan juga meningkat disebabkan oleh gangguan global kesan daripada pandemik Covid-19 pada tahun 2020 dan 2021 manakala perang Rusia-Ukraine yang masih
berlarutan juga menyebabkan kos pengangkutan naik mendadak.

Cabaran-cabaran tersebut menyebabkan pengeluar gula bersatu untuk mencari jalan mengekalkan keselamatan makanan dan menangani kekangan komersial. Ini dapat dibuktikan dengan
syarikat industri itu menyimpan inventori gula mentah selama dua ke tiga bulan dan lebih 53,000 tan metrik simpanan gula bertapis.

Walau bagaimanapun, harga siling runcit yang rendah bermakna firma turut terjejas apabila memegang saham penimbal ini. Memandangkan harga
komoditi global adalah turun naik, tetapi jika kawalan harga disemak semula ia boleh membantu mengimbangi pelbagai kepentingan lain dalam industri gula negara.

Inisiatif seperti perlindungan nilai dan langkah kawalan kos telah diambil oleh industri untuk mengurangkan kesan kos input yang lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, keuntungan masih merosot dengan jelas berikutan masalah dalam kos input yang tinggi dijangka berlarutan.

Difahamkan, penggunaan gula bagi isi rumah adalah dalam purata 2.6 kilogram sebulan, dengan penggunaan per kapita sebanyak 42 kilogram setiap tahun, termasuk penggunaan
industri lain.

Apabila kos meningkat dan kerugian yang dihadapi semakin banyak disebabkan oleh harga terkawal, industri gula Malaysia hanya mengharapkan terdapat peraturan penetapan harga gula
terbaharu bagi mencerminkan realiti pasaran.

Buat masa ini, pengguna di negara ini terus menikmati harga gula terendah di ASEAN, pada masa sama perkara itu mencetuskan kerisauan bagi pengeluar dalam mencari cara
menyelesaikan perbelanjaan yang semakin meningkat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya