TELUK INTAN: “Saya sempat melihat anak perempuan berkedip mata memandang ke arah saya, manakala anak lelaki pula sudah tidak sedarkan diri sebelum kedua-duanya menghembuskan nafas terakhir’. Itu kata ibu kepada dua beradik yang maut dalam kemalangan ketika bermotosikal ke sekolah di Bagan Datuk hari ini. Kejadian sekitar pukul 7 pagi di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Bagan Datoh itu mengorbankan Muhammad Lutfil Faiq Abdullah, 15, dan adiknya, Nur Lidiya Faiqah, 13,…










