Hujan lebat hampir seluruh negara hingga 5 petang

Hujan lebat hampir seluruh negara hingga 5 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di kebanyakan kawasan di hampir seluruh negara sehingga pukul 5 petang ini.

Menurut Met Malaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah serta Sarawak.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang), Kelantan, Terengganu (Besut, Setiu dan Hulu Terengganu) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Pekan).

“Selain itu di Selangor (Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol) dan Johor (Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

“Seterusnya di Sarawak – Samarahan (Simunjan), Betong, Sarikei, Sibu (Kanowit), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang dan Sabah – Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat serta di Labuan,” menurut hantaran di Facebook jabatan itu petang ini.

Jelas Met Malaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN