PETALING JAYA: Kejadian ribut petir bersama hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku dalam tempoh terdekat ekoran berlakunya peralihan fasa Monsun Timur Laut yang diramal bermula November ini. Mengulas amaran hujan lebat yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi, pakar meteorologi Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Azizan Abu Samah berkata, fenomena itu diramal berlaku pada sebelah petang dan awal malam di kebanyakan kawasan pedalaman di Semenanjung. “Fenomena cuaca tersebut boleh menyebabkan banjir…