Hero lembut? Itu pendapat masing-masing - Hael Husaini - Utusan Malaysia

Hero lembut? Itu pendapat masing-masing – Hael Husaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tidak menganggap kecaman sebagai duri yang melukakan hatinya, penyanyi, Hael Husaini mengambil pendekatan positif dan terbuka menerima kritikan walaupun pedih didengar.

Jelas penyanyi Jampi itu, setiap apa yang diperkatakan di media sosial adalah sesuatu yang tidak boleh dikawal olehnya namun dia berbaik sangka dan sentiasa memperbaiki dirinya.

Hael yang sebelum ini dikecam gara-gara dikatakan terlalu lembut untuk bergelar hero dalam drama hanya tersenyum dan menganggap kecaman itu adalah satu teguran.

“Kalau ada yang cakap atau kecam, bagi saya itu pendapat masing-masing. Saya hanya menjalankan tanggungjawab. Lagipun ini kali pertama saya berlakon.

“Kita tak boleh nak kawal orang untuk cakap dan komen apa. Tapi, kita ambilnya sama ada positif atau negatif untuk jadikan pengajaran,”

Hael berkata demikian pada sidang media drama My Famous Ex-Boyfriend yang merupakan lakonan pertamanya.

Dalam pada itu, penyanyi itu juga sudah bersiap siaga berdepan sebarang kecaman atau kritikan terhadap lakonannya apabila drama tersebut mula ditayangkan.

“Logiknya, apa saja komen positif atau negatif bukanlah perkara baru dalam hidup saya.

“Sebelum berlakon pun, saya sudah dikecam dengan pelbagai komen. Saya juga tahu, tak semua suka kita dan dalam pada masa yang sama, perlu ingat, ada yang sayang dan peduli tentang kita,” ujarnya.

Drama My Famous Ex-Boyfriend yang diadaptasi dari novel itu diarahkan Hadith Omar turut menampilkan Qasrina Karim, Nadhir Nasar dan ramai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN