Harap lantikan wakil Sabah, Sarawak dalam LHDN selesai segera

Parlimen: Pemimpin Sabah harap lantikan wakil Sabah, Sarawak dalam LHDN tidak berakhir di mahkamah 

WILFRED MADIUS TANGAU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen kerajaan berhujah, isu pelantikan ahli lembaga pengarah mewakili Sabah dan Sarawak di dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak berakhir dengan pertikaian sehingga dibawa ke mahkamah.

Datuk Seri Wilfred Madius Tangau [PH-UPKO] berkata, ini apabila kaedah rundingan dalam pemilihan ahli lembaga LHDN tidak dapat dicapai melalui rundingan seperti yang termaktub di dalam Rang Undang-Undang (RUU) LHDN (Pindaan) 2023.

Katanya, rundingan itu wajar kerana di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), hampir setiap hak Sabah dan Sarawak termasuk Perlembagaan Persekutuan mengkehendaki kerajaan berunding dengan kedua-dua negeri.

Bagaimanapun, katanya, banyak duluan kes menyaksikan kerajaan Persekutuan gagal berunding dengan Sabah dan Sarawak.

“Contohnya, pindaan terhadap Artikel 122 Perlembagaan Persekutuan pada 1994 iaitu kuasa Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak melantik Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.

“Akhirnya, kerajaan Persekutuan telah meminda artikel itu tanpa rundingan dengan Sabah dan Sarawak dan hingga hari ini pindaan tersebut tergantung.

“Yang peliknya, apabila saya membuat usul agar dibincang dalam dewan ini, Speaker beritahu saya melalui sepucuk surat agar status pindaan itu elok dirujuk sahaja kepada mahkamah.

ISNARAISSAH MUNIRAH MAJILIS

“Kesilapan dewan ini harus diselesaikan sendiri dan bukannya dirujuk kepada mahkamah. Jadi, saya harap dalam hal lantikan LHDN ini, ia juga tidak akan berkesudahan dengan pertikaian sehingga perlu ke mahkamah,” katanya semasa perbahasan RUU yang dibentang Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat semalam.

Isnaraissah Munirah Majilis [Warisan]Kota Belud] pula berkata, individu yang sesuai mewakili Sabah dan Sarawak ialah Setiausaha Kewangan Negeri yang lebih selari dengan semangat MA63.

Katanya, jawatan itu semestinya orang yang berkedudukan dan berpengalaman dalam hal ehwal kewangan, komersial, percukaian dan undang-undang.

Seksyen 6(1) menyentuh mengenai keanggotaan lembaga yang terdiri daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengerusi); Peguam Negara atau wakilnya; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau wakilnya dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

“Jika lihat RUU LHDN dari ‘a’ hingga ‘ca’ dalam seksyen 6, ini merupakan nama jawatan dan sesiapa pun yang akan memegang jawatan itu, mereka akan terus dilantik sebagai ahli lembaga pengarah LHDN.

“Berbanding lantikan oleh Ketua Menteri atau Premier yang boleh jadi sesiapa sahaja, maka, jawatan Setiausaha Kewangan Negeri yang mana kesetiaan dan tanggungjawab mereka tidak akan dipersoal sama ada di peringkat negeri atau Persekutuan,” katanya.

Dewan Rakyat semalam sebulat suara meluluskan RUU LHDN (Pindaan 2023) atau Akta 533 bagi membolehkan wakil kerajaan Sabah dan Sarawak dilantik sebagai ahli lembaga pengarah.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengumumkan perkara itu selepas majoriti suara ahli Parlimen bersetuju meminda beberapa fasal di dalamnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya