Hak mutlak rakyat Palestin wajib dipertahan - Ismail Sabri

Hak mutlak rakyat Palestin wajib dipertahan – Ismail Sabri

Ismail sabri
Ismail Sabri Yaakob
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Konflik antara Palestin dan Israel adalah berpunca daripada sejarah yang panjang dan rakyatnya telah dikurung dalam penjara terbuka yang terbesar di dunia berdekad lamanya.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan supaya orang ramai tidak terperangkap dengan naratif Israel dan Barat bahawa konflik ini berpunca daripada Hamas.

“Konflik ini akan terus berpanjangan dan mengorbankan ribuan nyawa selagi puncanya tidak diselesaikan.

“Mereka dizalimi, dibunuh dan tanah dirampas. Setiap hari, mereka hanya menunggu masa untuk menjadi korban serangan rejim Israel,” katanya.

Katanya, kerajaan Malaysia sejak dahulu tetap menyokong bahawa bumi Palestin perlu bebas daripada pendudukan haram Israel.

Ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77, Ismail Sabri telah menggesa kuasa-kuasa besar untuk bersikap jujur dalam menyelesaikan isu rakyat Palestin.

“Saya ingin menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan seluruh dunia Islam bersatu dan bersama-sama menghentikan kekejaman yang dilakukan rejim Zionis Israel ke atas bumi Palestin yang berlaku hari ini,” katanya.

Beliau turut menyeru agar seluruh Keluarga Malaysia bersolidariti dan berdoa agar bumi Palestin terus dilindungi dan dirahmati oleh Allah SWT. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN