Golongan mahakaya, warga asing tidak boleh lagi terima manfaat subsidi - PM

Golongan mahakaya, warga asing tidak boleh lagi terima manfaat subsidi – PM

ANWAR Ibrahim ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan membuat keputusan merasionalisasikan subsidi kerana tindakan itu memerlukan perencanaan baharu bagi mengelakkan ketirisan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan penyelarasan subsidi mesti dilakukan supaya golongan mahakaya tidak lagi menerima manfaat itu termasuk 3.5 juta warga asing di negara ini selain ketirisan melalui kegiatan penyeludupan.

“Subsidi diteruskan, tak boleh nak potong kerana harga (barang) melambung, rakyat di bawah akan terkesan.

“Jadi mesti ada penyelarasan supaya golongan yang mahakaya jangan diberi subsidi, orang asing dielak mendapat subsidi supaya ia diberi kepada rakyat memerlukan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau sedar kritikan pelbagai pihak terutama melibatkan penyelarasan kadar tarif elektrik yang didakwa membebankan rakyat.

Sedangkan, katanya, peningkatan tarif itu hanya melibatkan 10 peratus kumpulan rakyat tertinggi (T20) yang mampu memberikan penjimatan kepada wang kerajaan sehingga RM4.6 bilion setahun.

Jelas beliau, begitu juga pemberian berterusan subsidi untuk ayam dan telur yang bernilai RM3.6 bilion walaupun harga pasaran ayam ketika ini lebih rendah dan kaedah itu berbeza sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan dahulu apabila subsidi kedua-dua barang keperluan itu hanya diberikan ketika musim perayaan.

Katanya, kerajaan juga mahu memperbaiki pendekatan pemberian subsidi minyak diesel apabila dikesan berlaku ketirisan ekoran kegiatan penyeludupan.

“Sekarang kereta tidak meningkat puluhan peratus, tetapi diesel meningkat puluhan peratus, maknanya ia dibawa keluar dari kapal-kapal laut dan sebagainya dan di sempadan. Sebab itu kita perbaiki pendekatan tentang minyak disel.

“Subsidi sekarang setahun bernilai RM81 bilion tertinggi dunia. Walaupun saya dikecam tentang ucapan saya yang kata “bila kita jadi kerajaan hari ini, minyak turun esok”.

“Saya sudah sebut di Parlimen, masa itu tahun 2008 dalam Pakatan Rakyat bersama DAP dan Pas, masa itu harga minyak di Arab Saudi 50 sen, sekarang minyak Arab Saudi RM2.85, negara kita pula RM2.05 bersubsidi. Konteks itu berbeza, bukan saya nak pertahankan, nak turun macam mana?” katanya.

Beliau turut menarik perhatian mengenai penarikan subsidi Tabung Haji kepada golongan orang kaya kerana selama ini menggunakan standard format subsidi kepada semua orang tidak mengira mereka itu jutawan.

“Saya kata kalau nak haji mabrur tak payah bagi subsidi kepaada orang kaya. Kalau pendapatan sebulan dia RM100,000 sebulan tak payah subsidi. Alhamdulillah disambut baik. Mereka yang lain menengah atas, bawah malahan B40 bagi tambahan sedikit lagi (subsidi).

“Jadi saya tak fikir (pendekatan itu) salah, kalau ada orang anggap itu salah beritahu lah cara bagaimana nak perbaiki lagi dengan cara lain,” katanya. – UTUSAN

“Subsidi sekarang setahun bernilai RM81 bilion tertinggi dunia. Walaupun saya dikecam tentang ucapan saya yang kata “bila kita jadi kerajaan hari ini, minyak turun esok”.

“Saya sudah sebut di Parlimen, masa itu tahun 2008 dalam Pakatan Rakyat bersama DAP dan Pas, masa itu harga minyak di Arab Saudi 50 sen, sekarang minyak Arab Saudi RM2.85, negara kita pula RM2.05 bersubsidi. Konteks itu berbeza, bukan saya nak pertahankan, nak turun macam mana?” katanya.

Beliau turut menarik perhatian mengenai penarikan subsidi Tabung Haji kepada golongan orang kaya kerana selama ini menggunakan standard format subsidi kepada semua orang tidak mengira mereka itu jutawan.

“Saya kata kalau nak haji mabrur tak payah bagi subsidi kepaada orang kaya. Kalau pendapatan sebulan dia RM100,000 sebulan tak payah subsidi. Alhmdulillah disambut baik. Mereka yang lain menengah atas, bawah malahan B40 bagi tambahan sedikit lagi (subsidi).

“jadi saya tak fikir (pendekatan itu) salah, kalau ada orang anggap itu salah beritahu lah cara bagaimana nak perbaiki lagi dengan cara lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya