Gaza

Gaza: Kerajaan berusaha ajak pemimpin dunia Islam cari penyelesaian

ANWAR Ibrahim bertemu dengan beberapa NGO Islam di Parlimen hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan sedang berusaha mengadakan perbincangan dengan pemimpin dunia Islam bagi mencari kaedah terbaik untuk meredakan ketegangan di Palestin. 

Perkara itu dikongsikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan dengan beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Parlimen hari ini. 

Beliau berkata, antara NGO terlibat adalah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Cinta Gaza Malaysia (CGM), Cinta Syria Malaysia (CSM) dan Global Peace Mission (GPM). 

“Dalam pertemuan itu, mereka menyatakan hasrat untuk mengadakan Himpunan Mega Sejuta Ummah Pembela Palestin bagi mengumpul dana dan mengangkat suara saudara kita yang ditindas Zionis tanpa henti di Gaza. 

“Saya turut berkongsi usaha kerajaan dalam mengadakan perbincangan dengan pemimpin dunia Islam bagi mencari solusi terbaik untuk meredakan ketegangan di Palestin, sekali gus membolehkan bantuan kemanusiaan dan perubatan dibawa masuk. 

“Saya ulangi pendirian kerajaan untuk terus bersama dalam perjuangan rakyat Palestin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Sehingga kini, hampir 700 angka korban di Semenanjung Gaza dilaporkan manakala lebih 3,000 lagi cedera sejak rejim Zionis melancarkan gelombang serangan udara selepas serangan mengejut pejuang Hamas yang dilancarkan ke atas Israel. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya